Pertanyaan Tentang Pembelian

1. Adakah Zarraz Paramedical menerima order dari luar Malaysia ?

Ya, untuk order dari luar Malaysia, kami hanya menerima order dari SingaporeBrunei dan Indonesia sahaja.

2. Bagaimana cara order produk Zarraz Paramedical ?

Kami telah sediakan panduan cara order produk Zarraz dengan lengkap, Klik Disini untuk lihat panduan cara order.

3. Berapa lama masa penghantaran ?

Masa penghantaran :

  • Dalam Malaysia : 2-4 hari bekerja (Jika tiada sebarang masalah).
  • Luar Malaysia (Singapore, Brunei & Indonesia) : 4-9 hari bekerja.
  • Penghantaran dibuat pada hari Isnin – Jumaat kecuali cuti umum.

4. Berapa kos penghantaran ?

Kos penghantaran :

  • Dalam Malaysia : RM 7 (Flat rate)
  • Luar Malaysia (Singapore & Brunei) : RM 30 (Flate rate)

5. Apa cara pembayaran yang kami terima ?

Kami sediakan 3 cara pembayaran :

  1. Bank Transfer (CIMB Bank & Maybank)
  2. Debit/Credit Card (VISA & Mastercard)
  3. Paypal

Untuk pembeli dari Singapore, Brunei dan Indonesia, sila buat pembayaran melalui Paypal sahaja.

Pertanyaan Tentang Produk Zarraz

1. Apakah masalah kulit yang boleh dirawat menggunakan Zarraz Paramedical ?

Kebanyakan masalah kulit boleh dirawat menggunakan Zarraz Paramedical antaranya ialah jerawat, jeragat, kulit berminyak, pigmentasi, bintik-bintik hitam, enzema, radang kulit dan banyak lagi. Apapun semuanya dengan izin Allah.

2. Kenapa saya harus tukar kepada produk Zarraz Paramedical ?

6 sebab kenapa anda harus beralih kepada produk Zarraz Paramedical :

  1. Terbukti sangat berkesan merawat pelbagai masalah kulit walaupun tahap kronik.
  2. Produk Zarraz Paramedical 100% Alami (Tidak ada kesan sampingan).
  3. Mempunyai fungsi 3 dalam 1 iaitu Merawat, Mencegah, dan Melindungi kulit.
  4. Selamat digunakan (Diluluskan oleh KKM).
  5. Halal dan suci (Disahkan Halal oleh JAKIM).
  6. Produk berkualiti tinggi (Mendapat pengiktirafan GMP).

Anda perlu ingat… Zarraz Paramedical merupakan produk Treatment (Paramedic) dan bukan produk Skincare biasa. Produk Treatment lebih berkesan berbanding produk Skincare biasa kerana kulit anda akan sentiasa dirawat dan diperbaharui setiap hari.

3. Adakah Zarraz Paramedical sesuai digunakan untuk semua jenis kulit ?

Ya, produk Zarraz Paramedical sesuai digunakan untuk semua jenis dan masalah kulit tanpa mengira umur.

4. Berapa lama kesan yang boleh dilihat selepas menggunakan Zarraz Paramedical ?

Soalan ini agak subjektif kerana setiap orang mempunyai perbezaan masalah kulit, jenis darah dan lifestyle.

Saya bagi contoh yang lebih tepat :

  • Perbezaan waktu tidur (6 jam untuk orang dewasa, 8 jam untuk kanak-kanak).
  • Perbezaan tahap stress (Semua orang mempunyai stress, tetapi tidak semua orang mampu mengawal stress dengan baik).
  • Minum air putih yang cukup (Minima minum air putih 8 gelas sehari).
  • Peringkat masalah kulit (Berapa lama masalah kulit anda, Adakah masalah yang normal atau perlukan treatment yang lebih rapi).
  • Perbezaan sejarah penggunaan produk (ada orang yang guna macam-macam produk dalam setahun & lebih malang produk-produk itu mengandungi Merkuri, Hydroqinon, Paraben, SLS dan lain-lain).

Anda perlu ingat, semua yang saya katakan diatas memberi impak yang besar kepada kesihatan kulit.

Oleh sebab itu, tempoh masa untuk melihat kesan positif selepas menggunakan produk Zarraz Paramedical adalah berbeza untuk setiap orang kerana faktor perbezaan masalah kulit, jenis darah dan lifestyle.

Tetapi secara klinikalnya, selepas menggunakan produk Zarraz Paramedical dalam masa 7 ke 14 hari, perubahan positif akan dapat dilihat dari tekstur kulit yang lebih moist & lembut, cerah dan bersih dari kulit yang asal.

Memang best.. Itu lah kata-kata daripada pelanggan kami setelah menggunakan produk Zarraz Paramedical.

5. Apakah kesan yang timbul selepas menggunakan Zarras Paramedical pada kulit yang bermasalah ?

Jika anda baru pertama kali menggunakan produk Zarraz Paramedical pada kulit yang bermasalah, anda mungkin mengalami rasa pedih dan gatal-gatal pada permukaan kulit.

Anda tidak perlu risau kerana rasa pedih dan gatal-gatal ini terjadi kerana tindak balas daripada proses penyembuhan.

Kami nasihatkan supaya anda teruskan pemakaian produk Zarraz Paramedical secara konsisten sehingga masalah kulit sembuh sepenuhnya.

6. Set Zarraz Paramedical boleh digunakan untuk tempoh berapa lama ?

Penggunaan produk Zarraz Paramedical yang kami tetapkan ialah 2-3 kali dalam sehari. Berdasarkan kadar penggunaan 2-3 kali dalam sehari, set Zarraz Paramedical boleh digunakan untuk 2 hingga 3 bulan.

Jadi, anda tidak perlu beli produk Zarraz Paramedical setiap bulan (Lebih jimat).

7. Saya tidak mengalami sebarang masalah kulit (Kulit normal), set produk yang mana saya harus gunakan untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan kulit ?

Jika anda tidak mengalami masalah kulit (Kulit normal), anda harus gunakan Set Kulit Normal kerana set ini berfungsi :

  1. Mencegah penyakit kulit (Jerawat, jeragat dan lain-lain)
  2. Melindungi kulit daripada pelbagai masalah kulit, sinaran UVA & UVB.

8. Dalam set produk Zarraz Paramedical ada banyak jenis produk, bolehkah saya beli 1 jenis produk sahaja ?

Ya, boleh. Klik Disini jika anda ingin beli produk Zarraz satu persatu. Tetapi, untuk merawat masalah kulit dengan berkesan, anda harus mengikuti prosedur yang pakar kecantikan kami telah tetapkan.

Untuk pengetahuan anda, Zarraz Paramedical ada 10 jenis produk yang dirumuskan oleh pakar kecantikan kami dan fungsi setiap produk tidak sama.

Contoh : Masalah kulit anda ialah kulit sensitif. Punca masalah kulit sensitif ialah disebabkan guna produk kecantikan yang ada bahan kimia.

Anda perlu faham, tidak semua item di dalam produk Zarraz Paramedical boleh digunakan untuk merawat kulit yang pernah menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia.

Jadi, untuk merawat masalah kulit sensitif, set produk yang harus digunakan ialah  Set Kulit Sensitif. Dalam Set Kulit Sensitif ada 2 produk iaitu :

  1. Calming Cleansing Milk – 120 ml
  2. Sun Protection SPF50 – 30 ml

Bermakna, untuk merawat masalah kulit sensitif, anda harus menggunakan Calming Cleansing Milk & Sun Protection SPF50 dahulu kerana ia berfungsi untuk membuang toksik dan kimia dalam kulit anda serta memberi Nutrien kepada kulit.

Walaupun bahan kimia yang terpendam di dalam kulit anda memerlukan masa yang lama untuk disingkirkan,  gabungan Calming Cleansing Milk & Sun Protection SPF50 sudah memadai untuk membantu memberi kekuatan & kesihatan kepada kulit anda.

Jadi, untuk merawat masalah kulit dengan berkesan, anda harus mengikuti prosedur yang pakar kecantikan kami telah tetapkan.

9. Adakah produk Zarraz Paramedical boleh digunakan untuk lelaki ?

Ya, set produk Zarraz Paramedical boleh digunakan untuk lelaki dan wanita tanpa mengira umur.

10. Bagaimana cara menggunakan Zarraz Paramedical ?

Kami telah sediakan panduan cara menggunakan produk Zarraz Paramedical di website ini. Klik Disini untuk lihat panduan cara menggunakan produk Zarraz Paramedical.

11. Kenapa Zarraz Paramedical ada 3 jenis pencuci ?

Ok, Zarraz Paramedical ada 3 jenis pencuci. Walaupun ketiga-tiga produk ini adalah pencuci, namun bahan-bahan dan fungsinya juga berbeza mengikut jenis kulit dah sejarah penggunaan produk pada masa lalu. Ok saya ringkaskan supaya anda lebih mudah faham.

1) Calming Cleansing Milk – Walaupun namanya Calming Cleansing Milk, ini tidak bermaksud kegunaanya hanya untuk “Make Up Remover”. Fungsinya jauh berbeza dari pencuci susu yang lain.

Calming Cleansing Milk berfungsi membuang toksik, menguatkan sistem pertahanan kulit, meredakan kemerahan kulit, merawat masalah kulit sensitif, merawat Eczema, Psoriasis, Kurap dan lain-lain.Calming Cleansing Milk harus digunakan oleh semua jenis kulit sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

2) Calming Cleansing Rose – Berfungsi untuk mencuci dan menstabilkan kelenjar minyak yang aktif. Membina lapisan kulit baru dan sebagai rawatan altertanif untuk resdung.

Calming Cleansing Rose harus digunakan oleh mereka yang mengalami masalah jerawat, kulit sensitif, Mangsa Hydroqinon dan produk-produk yang mengandungi bahan-bahan kimia.

3) Firming Cleanser – Berfungsi untuk mencuci dan menganjalkan kulit tanpa mengurangkan kelembapan kulit. Kulit anda akan semakin sihat, terasa segar dan sejuk (Kerana mengandungi papermint).

Firming Cleanser harus digunakan untuk kulit yang Normal, Kering, Matang dan Kombinasi.

12. Bolehkah saya gunakan bedak ataupun produk lain selepas menggunakan produk Zarraz Paramedical ?

Ya, anda boleh guna bedak, BB Cream, make up dan lain-lain produk selepas menggunakan SPF50.

Untuk pengetahuan anda, dengan menggunakan SPF50 sahaja sudah memadai kerana kulit anda juga memerlukan pernafasan. Jadi, anda perlu bagi ruang pernafasan untuk kulit anda supaya ia kekal sihat.

Anda perlu ingat !! peluh yang bercampur dengan bedak akan menutup liang-liang roma dan menyebabkan masalah-masalah lain timbul seperti jerawat. Oleh sebab itu, cucilah kulit anda dengan cara yang betul bagi yang suka ber “make up” dan menggunakan bedak.

13. Saya ingin beli produk Zarraz tetapi produk lama (Jenama lain) saya masih banyak lagi, apa yang perlu saya lakukan ?

Anda boleh beli produk Zarraz Paramedical tetapi jangan buang produk lama (Jenama lain) tersebut kerana anda boleh gunakan produk-produk tersebut dibahagian selain wajah.

Contohnya :

  • Anda boleh gunakan pencuci muka di badan dan di leher.
  • Anda boleh gunakan lotion dan SPF sebagai lotion badan.

Jadi, anda hanya gunakan produk Zarraz Paramedical yang anda baru beli secara total di wajah sahaja.

14. Adakah menggunakan Zarraz Paramedical dijamin berkesan ?

Anda perlu ingat, produk Zarraz Paramedical bukan seperti produk yang bagi jaminan seperti :

  • “Kulit putih dalam masa 3 hari”
  • “Kulit jadi cantik dalam masa 2 minggu” dan sebagainya.

Kami tidak ada kuasa untuk memberi sebarang jaminan kerana hanya Allah sahaja yang berkuasa untuk menyembuhkan masalah kulit anda dan produk Zarraz Paramedical hanya sebagai alat sahaja. Sebab itu anda harus meletakkan keyakinan hanya kepada Allah sahaja dan bukan pada produk.

Apa yang penting, untuk merawat masalah kulit menggunakan produk yang 100% alami seperti Zarraz Paramedical, ia agak makan masa sedikit. Jadi, anda harus sabar dan terus konsisten menggunakan produk Zarraz Paramedical sehingga masalah kulit anda sembuh sepenuhnya.

Selagi anda menggunakan produk Zarraz Paramedical, insyaAllah kami akan bantu anda sehingga masalah kulit anda sembuh dengan memberikan konsultasi & tips penjagaan kulit secara percuma.

Selaras dengan motto Zarraz Paramedical (“Beauty Is Responsibility”), Anda boleh terus bertanya kepada kami melalui telefon, SMS, Whatsapp dan email. Jadi, anda tidak perlu malu dan teragak-agak untuk terus berhubung dengan kami. We’re happy to help you !

Jawapan Diatas Tidak Membantu ?

Pilih salah satu dari 2 kaedah bantuan dibawah

Kaedah 1

Zarraz_Call_Center (1)

Phone_Logo  013-3542237
WhatsApp_Sidebar  016-2970107
.
Nak Whatsapp ?

Kaedah 2

Isi borang pertanyaan berikut :